Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Kenyataan Media Polis Diraja Malaysia

Polis Sarawak selamatkan lima wanita asing dipaksa melacur

ByDamia Amani

KUCHING, 24 Okt : Polis Sarawak berjaya menyelamatkan lima wanita asing yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, menerusi operasi pada pukul 3.30 petang Jumaat lepas, sekumpulan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak menyerbu sebuah premis di Jalan Setia Raja.

Katanya, premis berkenaan yang menempatkan kesemua mangsa telah dikunci dari luar manakala kawasan itu turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

“Mangsa yang diselamatkan berusia antara 24 tahun hingga 29 tahun.

“Polis seterusnya membuat tangkapan susulan ke atas dua lelaki tempatan yang berumur 23 dan 25 tahun di tempat berasingan dan selain turut merampas dua passport mangsa terlibat,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua mangsa telah dibawa masuk Sarawak dan dipaksa untuk melayan pelanggan untuk berhibur termasuk dipaksa melakukan aktiviti seks di premis hiburan dan hotel.

“Mangsa mengaku sudah berada di Sarawak selama tiga minggu hingga lima bulan,”katanya.

Katanya, kesemua mangsa akan dihantar ke pusat perlindungan wanita di Kota Kinabalu, Sabah untuk prosedur siasatan lanjut. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan