JAKARTA, 24 Okt : Seramai 14 penumpang disahkan maut selepas sebuah kapal terbakar di tengah laut, petang tadi.
Difahamkan, Kapal Ekspres Cantika 77 sedang belayar dari Kupang ke Kalabahi, Nusa Tenggara Timur.
Ketua pasukan penyelamat, Putu Sudayana berkata, berdasarkan maklumat awal, kapal itu membawa seramai 226 penumpang namun pihaknya mengesyaki jumlah sebenar mungkin lebih ramai.
“Kebakaran dipercayai berpunca akibat masalah enjin kapal.
“Pasukan penyelamat yang menerima panggilan kecemasan segera menghantar 10 anggota ke lokasi untuk memindahkan mangsa,”katanya menerusi kenyataan media, lewat petang tadi.
Katanya, kesemua mangsa yang terselamat telah dibawa ke hospital.
“Pasukan juga berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang meninggal dunia termasuk seorang bayi yang hanya berusia beberapa minggu,”katanya.
Beliau memberitahu, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk memastikan tiada mangsa yang terperangkap. -TVS