Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bercakap kepada pemberita selepas hadir sambutan Hari Deepavali di sini hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Kami mahu jawatan TPM yang ada kuasa – Abang Jo

BySalasiah Safian

KUCHING, 24 Okt : Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyambut baik cadangan untuk melantik Timbalan Perdana Menteri (TPM) dari Sabah atau Sarawak.

Bagaimanapun Premier Sarawak itu berkata, beliau berharap agar jawatan berkenaan ‘diberikan’ bersama kuasa sebenar.

“Kita mahu jawatan itu bukan sekadar ceremonial post. Kalau tidak, ianya hanya sekadar jawatan bersifat istiadat sahaja kerana ada protokol tertentu perlu dipatuhi oleh TPM, itu kita tidak mahu,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Deepavali keluarga Shankar Asnani di sini hari ini.

Yang turut hadir, dua Timbalannya iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Abang Johari berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang jawatan TPM dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia akan diwujudkan dalam manifesto BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Ahmad Zahid berkata, perkara itu dilaksanakan sekiranya mereka mendapat kemenangan besar serta membentuk Kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, mereka akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya dua jawatan itu diwujudkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas PRU-15 ini iaitu masing-masing dari Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, ditanya sama ada lantikan TPM akan dimasukkan dalam manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS), kata Abang Johari, GPS tetap dengan agenda mengutamakan Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan