Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah bot tunda dan tongkang telah ditahan pada 10.30 pagi semalam kerana disyaki melakukan aktiviti pemindahan muatan antara kapal tanpa kebenaran. Foto APMM.

APMM Zon Bintulu tahan bot tunda dan tongkang pindah balak tanpa kebenaran

ByNina Azman

KUCHING, 24 Okt : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot tunda dan tongkang yang disyaki melakukan aktiviti pemindahan muatan antara kapal tanpa kebenaran.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Mohd. Khairol Anuar Saad berkata, kedua-dua vesel itu ditahan pada jarak lebih kurang 3.7 batu nautika dari Tanjung Batu, Bintulu pada pukul 10.30 pagi semalam.

Katanya, penahanan dibuat ketika aset Zon Maritim Bintulu melakukan rondaan rutin dan mengesan sebuah bot tunda dan tongkang sedang memindahkan muatan ke sebuah kapal lain.

“Hasil penahanan, kedua-dua vesel itu dikendalikan oleh enam kru termasuk master.

“Dua kru termasuk master rakyat tempatan dan seorang kru warganegara Indonesia ditahan di atas bot tunda manakala sorang kru tempatan dan dua dari Indonesia ditahan di atas tongkang,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, terdapat muatan kayu balak dijumpai di atas tongkang semasa diperiksa dan dokumen berkaitan muatan dikemukakan oleh master.

“Kedua-dua vesel ditahan kerana telah melakukan aktiviti pemindahan muatan antara kapal tanpa kebenaran daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),” katanya.

Kes  disiasat di bawah Akta Kastam 1967. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan