Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya turut bekerjasama dengan semua agensi termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan keselamatan dan proses pengundian berjalan lancar. Foto Bernama.

3,700 pegawai dan anggota bertugas PRU-15 di Negeri Sembilan

ByBernama

SEREMBAN, 24 Okt: Polis Negeri Sembilan menggerakkan 3,700 pegawai kanan dan rendah bagi penugasan  di seluruh negeri ini sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya turut bekerjasama dengan semua agensi termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan keselamatan dan proses pengundian berjalan lancar.

“Polis Kontinjen Negeri Sembilan sudah bersiap siaga bagi menghadapi PRU-15 yang bakal berlangsung nanti dan akan gerakkan 3,700 anggota kita sepanjang tempoh itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

SPR menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRU-15, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

Sementara itu, Ahmad Dzaffir berkata pada masa sama persiapan penugasan untuk bencana Monsun Timur Laut juga dalam keadaan siap sedia dengan sumber manusia dan aset kelengkapan untuk digerakkan.

Beliau berkata pihaknya sentiasa komited dalam menjalankan penugasan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa dipelihara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan