Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Daro mempunyai potensi untuk menjadi kawasan tanaman alga baharu di Sarawak. Foto TVS.

PRU-15 : GPS mungkin senaraikan 12 muka baharu, kata Abang Johari

ByAdlina Rahman

DARO, 23 Okt : Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak menolak kemungkinan untuk menyenaraikan 12 calon baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, muka baharu itu dijangka akan diberikan ‘tugasan’ untuk bertanding di kerusi yang tidak dimenangi oleh GPS pada PRU lepas.

“Namun, siapa calon itu, tunggulah,”katanya pada sidang media selepas hadir Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kompleks Sukan Daro di sini hari ini.

Sementara itu, Abang Johari turut memberitahu, senarai nama bakal calon mereka sudah dihantar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses tapisan.

“Kalau nama (calon itu) ‘clear’, akan dicalonkan namun jika sebaliknya, tidak akan dicalonkan,” tambah beliau.

Kepada soalan kemampuan GPS untuk ‘menyapu bersih’ kesemua 31 kerusi di Sarawak pada PRU-15 ini, Abang Johari berkata, masih terlalu awal untuk memberi gambaran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan