Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Masjid Segoleng di sini hari ini. Foto: Facebook Fadillah Yusof.

Perpaduan asas pembangunan masyarakat – Fadillah

BySalasiah Safian

KUCHING, 23 Okt : Penyandang kerusi Parlimen Petrajaya, Dato Sri Fadillah Yusof menyambut baik penganjuran Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Kampung Masjid Segoleng hari ini.

Menurutnya, program sedemikian dapat mengukuhkan perpaduan yang menjadi asas kepada pembangunan masyarakat.

“Ini merupakan program yang membolehkan masyarakat berhimpun dan memberi peluang untuk saling mengenali antara satu dengan yang lain,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan di sini hari ini.

Tambah Fadillah yang juga Menteri Kanan Kerja Raya, beliau gembira melihat program berkenaan turut mendapat sambutan daripada golongan muda di kampung itu.

“Penyertaan mereka sangat bermakna kerana golongan belia merupakan generasi masa depan. Kita akan terus menyokong program seperti ini,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan