Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fatimah ketika berucap pada Pogram Skim Penanaman Rumbia di Kampung Balan di Bawah Persatuan eDok Sibu di Balai Raya Kampung Balan Hilir, Dalat. Foto: TVS

Pemilihan calon GPS hak prerogratif pengerusi – Fatimah

MUKAH, 23 Okt : Pemilihan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan hak prerogratif Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selaku pengerusi.

Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, proses pemilihan juga melibatkan beberapa peringkat sebelum ‘senarai akhir’ diserahkan kepada Abang Johari.

“Beliau selaku Pengerusi kemudian akan memberi kata putus mengenai senarai yang dihantar,”katanya.

Fatimah berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan penyandang kerusi di bawah GPS sama ada akan dikekalkan atau sebaliknya pada PRU-15 Ini.

Sehubungan itu Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak meminta supaya penyokong GPS menunggu senarai calon yang akan diumumkan tidak lama lagi.

“Mereka yang telah terpilih (sebagai calon) akan menerima watikah perlantikan masing-masing,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan