Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Indonesia mengumumkan penemuan varian baharu kes pertama yang merupakan Covid subvarian Omicron XBB. Foto TVS.

Indonesia sahkan kes pertama COVID-19 Subvarian Omicron XBB

ByTVS
JAKARTA, 23 Okt : Indonesia mengesahkan kes pertama  subvarian Omicron XBB COVID-19.
 
Subvarian ini dikesan menjangkiti seorang wanita berusia 29 tahun yang pulang dari Lombok, Nusa Tenggara Barat.
 
Jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia, M. Syahril, berkata, kes subvarian Omicron XBB ini merupakan penularan tempatan.
 
“Varian ini telah memasuki Indonesia, kami akan terus memantau dan membuat tindakan susulan untuk mengetahui simptom dan penularannya,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.
 
Berikutan perkembangan ini, beliau memberitahu, kementerian segera menguji dan mengesan 10 kontak rapat pesakit itu.
 
Kata Syahril, wabak COVID-19 terus berlarutan berikutan pelbagai mutasi varian baharu.
 
Sejak kali pertama ditemui, sebanyak 24 negara telah melaporkan penemuan varian Omicron XBB.
 
Bagi tempoh tujuh hari lepas, Indonesia turut melaporkan peningkatan kes di 24 wilayah.
 
Varian XBB menyebabkan lonjakan kes COVID-19 di Singapura selain peningkatan kemasukan ke hospital.
 
Kementerian Kesihatan Indonesia juga telah meningkatkan pengawasan terhadap kepulangan warganegara Indonesia dan warga asing di pintu masuk utama negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan