Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah feri membawa 547 penumpang yang dalam perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi tersangkut pada beting lumpur dekat sini hari ini. Foto JBPM Kedah.

Feri ke Langkawi tersangkut beting lumpur, 547 penumpang terkandas

ALOR SETAR, 23 Okt : Sebuah feri penumpang yang dalam perjalanan ke Langkawi dilaporkan tersangkut pada beting lumpur sehingga menyebabkan 547 penumpang terkandas di perairan jeti Kuala Kedah dekat sini hari ini.
 
Difahamkan kejadian itu berlaku ekoran keadaan air cetek di perairan berkenaan.
 
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 4.55 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja bergegas ke lokasi.
 
“Setibanya di lokasi, Komander Operasi melaporkan sebuah feri penumpang Kuala Kedah ke Langkawi sedang tersadai kerana tersangkut di beting lumpur.
 
“Seramai 547 penumpang serta kru dilaporkan berada di dalam feri berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Kata jurucakap itu, pasukan penyelamat yang terdiri daripada JBPM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut dan nelayan tempatan setakat ini sedang memantau keadaan berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan