Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat tapak pembinaan projek perumahan rakyat di Daro hari ini. Foto TVS.

Dasar pembinaan perumahan baharu akan mudahkan rakyat – Abang Johari

DARO, 23 Okt : Kerajaan Sarawak akan melaksanakan dasar baharu berhubung pembinaan perumahan rakyat yang akan memudahkan bakal pemiliknya, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, dasar baharu berkenaan ialah mewajibkan kawasan perumahan baharu ditembok bagi menstabilkan tanah dan parit konkrit juga akan dibina.

“Selalunya Jabatan Ukur dan Survei akan membuat jalan sahaja termasuk parit tanah namun kawasan tidak ditembok.

“Bagaimanapun menerusi dasar baharu ini, perkara itu tidak lagi berlaku kerana kemudahan air dan elektrik ini juga mesti dimasukkan dalam pelan kawasan perumahan yang mahu dibina,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di sini hari ini.

Abang Johari berkata, keutamaan akan diberikan kepada golongan B40 dan M40 agar mereka boleh membeli rumah berkenaan memandangkan deposit berjumlah RM10 000 akan dibayar oleh Kerajaan Sarawak.

“Selebihnya akan dibayar oleh pemilik melalui pinjaman daripada Mutiara Mortage dengan kadar faedah hanya satu peratus,”katanya.

Tambah Abang Johari, Kerajaan Sarawak juga akan menanggung kos menembok tanah berkenaan yang bernilai RM150 000 menerusi dasar baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) malah akan dilaksanakan di semua kawasan terlibat.

“Kos RM150 000 akan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak sekiranya mereka membeli rumah berkenaan dengan harga  yang ditawarkan ialah RM120 000 hingga RM150 000,”katanya.

Beliau berkata, tiada negeri lain di Malaysia melaksanakan dasar berkenaan.

“Sarawak mempunyai dasar untuk bantu rakyatnya beli rumah,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan