Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan meluahkan kekecewaan ekoran kontraktor dilantik gagal menyiapkan projek Anjung Usahawan di Limbang. Foto TVS.,

Cerucuk belum siap dipasang, saya kecewa – Awang Tengah

LIMBANG, 23 Okt : Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kesal berhubung kelewatan beberapa projek pembangunan termasuk Anjung Usahawan yang kini dikategorikan sebagai projek sakit.

Beliau berkata, projek itu sangat dinanti oleh rakyat untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan yang lebih selesa kerana dilengkapi pelbagai kemudahan asas.

“Namun sehingga kini gagal disiapkan. Hari ini saya melawat tapak untuk projek Anjung Usahawan yang dibiayai oleh pihak Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dalam usaha kita untuk meningkatkan kemudahan untuk masyarakat yang terlibat dalam bidang perniagaan.

“Yang sedihnya projek ini betul – betul sakit. Mengikut perancangan, ianya sepatutnya siap pada Oktober namun lihatlah pemasangan cerucuk pun belum siap,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak projek berkenaan di Kampung Pahlawan hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Sehubungan itu, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak menggesa pihak kontraktor untuk mengemukakan pelan pemulihan untuk menyiapkan dan menyelamatkan projek berkenaan.

“Anjung Usahawan Kampung Pahlawan dibina dengan kos RM3 juta akan membolehkan para peniaga menambah pendapatan dengan menjual produk pertanian, kraf tangan dan makanan apabila siap nanti,”katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu kerajaan negeri turut merancang untuk membina beberapa lagi projek anjung usahawan di daerah ini termasuk di Lawas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan