Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat tapak Projek RSP Badong selepas hadir Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pekan baharu Daro. Foto TVS.

28 unit rumah RSP Badong mula dibina – HDC

DARO, 23 Okt : Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) telah memulakan kerja pembinaan 28 unit Rumah Spektra Permata (RSP) di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) Badong, Daro.

HDC berkata, projek RSP Badong telah bermula sejak Julai 2022 dan dijadual siap pada Mei 2023.

“Bagi pembinaan 28 unit RSP ini, ianya melibatkan kos RM36.5 juta.

“Ketika ini kerja-kerja pembersihan tapak sedang dijalankan oleh pemaju Azas Excel (M) Sdn. Bhd. yang melibatkan kos RM1,391,585.13 di bawah peruntukan Racangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) ” jelas agensi itu menerusi kenyataan media hari ini.

Jelas HDC, perkembangan itu yang selari dengan insiatif Kerajaan Sarawak dalam memastikan penduduk memiliki rumah impian selepas berkeluarga.

Hari ini Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang  Johari Tun Openg turut melawat tapak Projek RSP itu selepas hadir Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pekan baharu Daro.

Sementara itu, HDC turut memaklumkan, menerusi program RSP, rumah tersebut dianggarkan berharga RM90,000 hingga RM160,000, tidak termasuk premium tanah Jabatan Tanah dan Survei.

“Oleh itu hanya yang berkelayakan akan diberi keutamaan dengan syaratnya termasuklah berumur 18 tahun hingga ke 65 tahun, berkahwin dan warganegara Malaysia yang bermaustatin di Sarawak.

“Bagaimanapun, terdapat kriteria-kriteria lain yang selari dengan syarat- syarat Skim Pembesaran Kampung turut digunakan,”jelas HDC.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan