Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab bersama Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar negeri, Datuk Len Talif Salleh (kiri) ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Muara Payang, pada Sabtu. Foto: TVS

Yusuf sedia bertanding lagi jika dipilih GPS

SARIKEI, 22 Okt : Penyandang kerusi Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abdul Wahab bersedia sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahukan beliau bertanding sekali lagi di situ pada Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) ini.

Namun demikian, Yusuf berkata, keputusan akhir mengenai calon yang akan membawa panji GPS di situ terserah kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya bersedia untuk memberi khidmat terbaik andai kata tercalon sekali lagi di Tanjong Manis,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Perasmian Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Muara Payang, di sini hari ini.

Ditanya sekiranya namanya ‘gugur’ kali ini, Yusuf berkata, beliau juga akan menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

“Apa sekalipun, saya tetap akan memberikan sokongan padu kepada sesiapa sahaja calon yang ditampilkan oleh GPS,”katanya.

Pada PRU-14, Yusuf menang kerusi itu setelah menewaskan calon Amanah, Mohamad Fadillah Sabali. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan