Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak optimis untuk mencapai sasaran jumlah kehadiran pengunjung lebih daripada 1.2 juta dan menjana RM 3.2 bilion resit pelancongan kata Premier Sarawak. Foto: Akma Salleh (TVS)

Sarawak optimis capai sasaran 1.2 juta ketibaan pelancong

ByAkma Salleh

KUCHING, 22 Okt : Sarawak optimis untuk mencapai sasaran jumlah kehadiran pengunjung lebih 1.2 juta, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, kemasukan itu dijangka akan merekodkan resit pelancongan mencecah RM 3.2 bilion.

Sehubungan itu katanya, Kerajaan Sarawak sedang berusaha untuk menjayakan pelbagai program yang dirancang sebelum ini.

“Salah satu pencapaian luar biasa inisiatif pemulihan sektor pelancongan kita ialah siri Kempen Sia Sitok yang menawarkan diskaun pelancongan dan penginapan untuk mempromosikan pelancongan domestik.

“Selain menawarkan peluang kepada rakyat Sarawak untuk bersiar-siar di tempat sendiri, kempen ini turut membantu industri termasuk ejen pelancongan, pemandu pelancong dan hotel yang berdepan kesukaran,”katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting pada Majlis Malaysia Tourism Council Gold Award di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Dato Sri Nancy Shukri.

Sebelum ini Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak menyasarkan ketibaan 1.2 juta pelancong ke negeri ini yang dijangka dapat menjana pendapatan sebanyak RM3.2 bilion.

Sementara itu, Abang Johari berkata, Sarawak telah merangka pelbagai inisiatif untuk membantu pemain industri daripada gulung tikar akibat kesan pandemik.

Kata beliau, antaranya termasuklah memperkenalkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).

“Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta agensi-agensinya tidak berputus asa sebaliknya terus membantu sektor pelancongan melalui pelbagai inisiatif pemulihan,”katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan