Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan hadiah Anugerah Inovasi Premier Sarawak kepada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak pada Majlis Penutupan Inovasi dan Anugerah Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak di Kuching pada Jumaat malam. Foto: TVS.

Perkhidmatan awam ‘enjin’ capai objektif PCDS 2030

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 22 Okt: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata  beliau yakin sektor perkhidmatan awam negeri berupaya menjadi ‘enjin’ dalam merealisasikan matlamat meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang ditetapkan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Beliau gembira kerana anggota perkhidmatan awam di Sarawak memahami falsafah dan sasaran PCDS 2030 yang disifatkannya sebagai tugas sukar dan mencabar dengan sasaran menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri maju dan mempunyai berpendapatan tinggi.

“Saya boleh memandu kereta dengan baik jika enjinnya bagus, kalau enjinnya ‘batuk-batuk’, motor (kereta) pun terbatuk-batuk, pemandu pun teruk (tidak dapat memandu dengan baik),” katanya yang mengibaratkan perkhidmatan awam sebagai ‘enjin’, manakala beliau sebagai Premier Sarawak perlu memandu kenderaan dalam keadaan baik untuk membolehkannya tiba ke destinasi.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Bulan Inovasi dan Anugerah Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSICA) di sini, pada Jumaat malam.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Menurutnya lagi, matlamat kerajaan agar Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi pada 2030 dengan sasaran RM282 bilion Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding RM130 bilion merupakan satu misi yang mencabar.

Beliau turut berkongsi bahawa PCDS 2030 mendapat perhatian pihak luar yang kagum dengan agenda dibawa Kerajaan Sarawak.

Pada bulan lepas, pasukan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) datang ke Sarawak mengakui kemampuan Sarawak menjayakan PCDS 2030.

PCDS 2030 merangkumi enam sektor ekonomi utama sebagai pemacu pertumbuhan iaitu pembuatan, pertanian komersial, pelancongan, perhutanan, perlombongan dan perkhidmatan sosial.

Sementara itu, Abang Johari menzahirkan rasa syukur dan memuji perkhidmatan awam yang begitu inovatif dalam menghasilkan sesuatu yang baharu.

Beliau menyampaikan anugerah-anugerah kepada para pemenang yang menyaksikan kumpulan Sassoku Tech dari Jabatan Tanah dan Survei Sarawak muncul juara Anugerah Inovasi Premier Sarawak dengan membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan