Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Majoriti undian Twitter TVS setuju Timbalan PM dari Sarawak atau Sabah

KUCHING, 22 Okt: Majoriti netizen yang menyertai undian dalam talian menerusi Twitter bersetuju dengan syor Timbalan Perdana Menteri wajar dilantik dalam kalangan Ahli Parlimen dari Sarawak atau Sabah.

Keputusan itu diperolehi menerusi 224 undian yang dibuka bermula 18 sehingga 20 Oktober.

Sebanyak 199 undian atau 85.3 peratus menjawab ‘Ya’ terhadap soalan “Adakah anda ingin melihat wakil rakyat dari Sabah/ Sarawak dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri?”. Hanya lapan (3.6 peratus) yang mengundi tidak bersetuju.

Selain itu, 25 responden (11.2 peratus) “tidak kisah”.

Undian dalam talian itu diadakan bagi merancakkan topik perbincangan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

TVS akan terus mengadakan undian dalam talian menerusi Twitter dengan tajuk berbeza-beza setiap minggu sepanjang PRU-15. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan