Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
logo GPS

GPS berhasrat kukuhkan kedudukan Sarawak di Parlimen dengan 31 kerusi

KUCHING, 22 Okt : Gabungan Parti Sarawak (GPS) turun ke ‘medan perperangan’ Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) ini dengan misi besar untuk menang kesemua kerusi Parlimen di Sarawak.

Ke arah itu, Timbalan Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, GPS yang ditunjangi empat parti tempatan di Sarawak sudah bersedia mengharungi PRU-15.

Malah beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, GPS akan sedaya upaya berusaha untuk mencapai misi berkenaan.

“Kita pergi ‘berperang’ untuk menang dan Premier Sarawak juga sudah meletakkan sasaran,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Majlis Perasmian Pusat Pemeriksaan Pertama Carsome di Kuching, Sarawak.

Mengulas lanjut, Douglas Uggah berkata, kemenangan besar oleh GPS penting untuk menunjukkan solidariti sekaligus meneruskan gerak kerja yang dirancang selama ini.

“Sejak lima tahun lepas, GPS telah banyak menyumbang pembangunan di Sarawak.

“Kita tidak mahu terganggu, jadi kita meminta rakyat Sarawak untuk menyokong GPS,” tambahnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan