Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Debaran episod pertama Getaran Jiwa reda, tunggu episod kedua

KUCHING, 22 Okt: Episod pertama Getaran Jiwa yang bersiaran secara langsung pada Jumaat malam pasti menjadi kenangan manis kepada para peserta.

Lapan peserta berentap di atas pentas di Stadium Tertutup MBKS di sini, menampilkan gaya tersendiri di tiga juri – penyanyi Dato Nash, Norafizah Busman dan Fauziah Latif.

Dua peserta layak memasuki peringkat separuh akhir – SamDean yang mempersembahkan lagu Alunan Biola, manakala Izwan Dahlan mendendangkan lagu Jangan Tinggal Daku.

Peserta lain – Faris Malek mendendangkan lagu Malam Ku Bermimpi, Ain (Jikalau Abang Merindu), Jaja (Istana Cinta), Nizam Jamil (Bunyi Gitar),
Amy Halim (Madu Tiga) dan Ain Ahmad (Biarlah Aku Pergi).

Persembahan setiap peserta dinilai melalui sistem pemarkahan yang terbahagi kepada 70 peratus oleh barisan juri dan 30 peratus oleh juri awam yang mengundi melalui dalam talian.

Program realiti pertama terbitan TVS bersiaran secara langsung mulai pukul 8.45 malam menerusi saluran 122 Astro dan MYTV.

Datuk Abdullah Saidol, Dato Norhyati Ismail, Sarbini Hamdan, Dato Nash, Fauziah Latif dan Norafizah Busman pada episod pertama Getaran Jiwa di Kuching pada Jumaat malam. Foto: TVS

Rata-rata penonton kelihatan terhibur dengan persembahan kesemua peserta yang mendendangkan lagu nostalgia zaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma diberikan nafas baharu.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol, Pengerusi Sarawak Media Group (SMG) Dato Norhyati Ismail, Pengarah Eksekutif SMG Sarbini Hamdan dan Ketua Pegawai Eksekutif SMG Rizal Zulkapli.

Episod kedua Getaran Jiwa akan kembali menemui para peminat pada Jumaat hadapan, masa yang sama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan