Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MAWILLA 4 adalah sebahagian usaha TLDM memperkukuhkan keselamatan Sabah dan Sarawak. Foto: TVS.

TLDM akan bina Markas Wilayah Laut 4 di Bintulu

KOTA KINABALU, 21 Okt : Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) akan dibina di Bintulu, Sarawak sebagai usaha memperkukuhkan keselamatan dan pertahanan negara.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata beliau dan pasukannya telah membuat lawatan ke Bintulu.

“Saya dan pasukan saya ke Bintulu untuk mengenal pasti tapak yang sesuai. Kita rasa kita sudah kenal pasti tapak tersebut, selepas ini lota alan jalankan proses seterusnya bagi mendapatkan tapak tersebut.

“Jadi proses ia dimulakan dengan perolehan tanah di Samalaju Bintulu, setakat ini kita baru kenal, selepas itu baru kita mahu beli,” katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Eksesais Kerismas 27/2022 di auditorium Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS), Pangkalan TLDM di sini, hari ini.

Kerajaan pada 5 Okt yang lepas telah mengumumkan pembangunan MAWILLA 4 dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12)

Pembangunan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan keselamatan Sabah dan Sarawak dengan meningkatkan keupayaan dan sokongan operasi TLDM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan