Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Envato

Ringgit terus susut berbanding dolar US

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Ringgit terus susut berbanding dolar US, paras terendah melebihi paras rendah dicatatkan semasa Krisis Kewangan Asia (AFC) pada tahun 1998.

Ia disebabkan oleh tekanan daripada ekonomi tempatan dan global yang berterusan, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.7270/7290 berbanding dolar US, lebih rendah daripada paras 4.7250 dicatatkan pada 7 Januari, 1998.

Pada penutupan hari Rabu, unit tempatan didagangkan pada 4.7180/7220.

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI, Stephen Innes berkata ringgit meneruskan momentum penurunannya apabila hasil bon Amerika Syarikat (AS) melonjak disebabkan sentimen bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin akan menaikkan kadar faedah.

Selain itu, beliau berkata walaupun ketika ini para pegawai China sedang melakukan perbincangan untuk mengurangkan kuarantin COVID-19 untuk masuk ke negara itu, pasaran tidak melihat ringgit akan meningkat semula berbanding dolar US.

“Pasaran juga bersikap berhati-hati mengenai usaha kemakmuran bersama oleh Presiden China Xi Jinping apabila Kongres Parti  Komunis China (CPC) menukar istilah baharu iaitu ‘untuk mengawal selia mekanisme berkaitan pengumpulan kekayaan’.

“Bagaimanapun ketika ini Fed yang memutuskan untuk menaikkan kadar faedah adalah penggiat utama dalam pasaran pertukaran asing (FX), sekiranya Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) berubah fikiran maka keadaan boleh berubah menjadi lebih baik untuk ringgit,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Innes berkata selain ringgit, Yen Jepun, salah satu mata wang paling kukuh di dunia telah melepasi paras 150 dan mencecah paras terendah dalam tempoh 32 tahun berbanding dolar US pada Khamis.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 3.1547/1565 daripada 3.1611/1642 ketika ditutup pada Rabu dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3172/3188 daripada 3.3176/3207 sebelumnya.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2472/2491 daripada 3.2529/2559 serta mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2059/2079 daripada 3.2084/2116.

Unit tempatan juga melonjak berbanding euro kepada 4.6244/6264 daripada 4.6326/6365 pada Rabu dan bertambah kepada  5.2971/29935 daripada 5.3233/3278 pada penutupan semalam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan