Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi PAWE Kuching, Dato Sri Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi. Foto TVS.

PAWE galak penyertaan warga emas, angkat martabat wanita

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 21 Okt : Pertubuhan Kebajikan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di sini giat melaksanakan program- program kemasyarakatan yang melibatkan penyertaan warga emas.

Pengerusi PAWE Kuching, Dato Sri Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi berkata, pertubuhan itu juga mahu mengangkat martabat wanita selain meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif.

“Aktiviti yang dilaksanakan PAWE mendapat sambutan yang begitu baik.

“Ahli – ahli kita masih aktif dan mereka dapat membuktikan masih boleh menjalankan tugas dan kegiatan sukarelawan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran persatuan itu di sini hari ini.

Sementara itu, Sharifah Mordiah berkata, golongan warga emas ini juga mempunyai banyak pengalaman yang boleh dikongsikan kepada generasi baharu pada hari ini.

“Setakat ini terdapat seramai 250 ahli PAWE di sekitar Kuching yang mana kaum wanita merupakan majoriti,”katanya.

Menurutnya, pelbagai aktiviti dianjurkan termasuk program keagamaan, rekreasi, terapi dan pemulihan, ceramah kesihatan dan latihan atau kursus yang bersesuaian untuk mengeratkan hubungan sesama komuniti. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan