Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Juanda Jaya

Ordinan Ombudsman Sarawak bakal digubal

ByDouglas Elliot

KUCHING, 21 Okt: Sarawak bakal muncul negeri pertama memperkenalkan Ordinan Ombudsman apabila ia dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya berkata undang-undang itu bermatlamat mengukuhkan amalan integriti.

“Yang Amat Berhormat Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg cukup berbangga dengan persediaan kita ke arah memperkenalkan Ordinan Ombudsman.

“Cuma ada beberapa lagi (perkara) pengukuhan yang akan dilakukan melalui sesi perkongsian dengan negara-negara maju seperti Skandinavia, Hong Kong, Singapura dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari di sini, hari ini.

Turut serta, Pengarah Audit Negeri Rokiah Sahat bagi menyerahkan Buku Laporan Ketua Audit Negara kepada Premier.

Selain itu, Abang Johari turut menerima kunjungan hormat daripada Naib Pengerusi HSBC Bank Malaysia Berhad Datuk Richard Lee Say Tshin dan Pengurus Besar Kumpulan HSBC Bank Malaysia Berhad Dato’ Omar Siddiq. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found