Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang budak lelaki berumur 11 tahun meninggal dunia akibat dihempap besi palang tiang gol di sebuah padang bola di pekan Manggatal dekat Kota Kinabalu pada Jumaat.Foto: IPD Kota Kinabalu.

Murid maut dihempap palang gol

KOTA KINABALU, 21 Okt : Seorang budak lelaki berumur 11 tahun meninggal dunia akibat dihempap besi palang tiang gol di sebuah padang bola di pekan Manggatal dekat sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata mangsa disahkan meninggal ekoran kecederaan di kepala.

“Dalam kejadian pada 12.20 tengah hari, difahamkan bapa kepada mangsa berada di lokasi untuk memberi sokongan kepada anaknya dalam aktiviti sukan tahunan SK Lok Yuk.

“Beliau yang berada di padang bola ternampak sekumpulan pelajar berkumpul sebelum menghampiri kumpulan tersebut. Beliau pada saat itu ternampak anaknya dalam keadaan terbaring selepas dihempap besi palang tiang gol,” katanya.

Mohd Zaidi berkata guru yang berada di lokasi membuat panggilan kecemasan dan mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak Kanak (HWKK) Likas menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia kerana kecederaan di bahagian kepala akibat terhempap besi tiang gol. Siasatan di tempat kejadian tidak menunjukkan berlakunya sebarang tanda-tanda unsur perbuatan jenayah.

“Kematian mangsa dipercayai berpunca akibat kemalangan terhempap besi tiang gol. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan,” katanya.

Sementara itu, kejadian yang meragut nyawa kanak-kanak terbabit tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 14 saat itu memaparkan kanak-kanak terbabit diangkat menggunakan pengusung oleh pasukan perubatan yang hadir membantu di lokasi kejadian.

Berdasarkan pengamatan pada video berkenaan, palang besi tiang gol berkenaan dipercayai patah dan menghempap mangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan