Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Zailani Hashim ketika melancarkan Kaunter Pandu lalu JPJ Pulau Pinang, Seberang Jaya di Butterworth, hari ini. Foto TVS.

Kaunter pandu lalu JPJ akan diperluas ke seluruh negara

BUTTERWORTH, 21 Okt : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperluaskan perkhidmatan pandu lalu ke seluruh negara bagi memudahkan pengguna berurusan dengan jabatan berkenaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, perkhdimatan itu yang telah ditawarkan di Pulau Pinang dan Sabah akan dibuka di negeri lain secara berperingkat berikutan kejayaan pelaksanaannya.

“Antara perkhidmatan ditawarkan menerusi kaunter pandu lalu adalah untuk pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu, menukar lesen memandu percubaan (PDL) kepada lesen kompeten (CDL) serta pembayaran saman.

“Dalam perancangan kita, ia akan diperluaskan ke Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Sarawak serta seterusnya ke seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Amanat Khas dan Pelancaran Kaunter Pandu lalu JPJ Pulau Pinang, Seberang Jaya di sini, hari ini.

Sementara itu, Zailani berkata, perkhidmatan pandu lalu berperanan mempelbagaikan kaedah perkhdimatan selain kaunter dan kiosk JPJ.

“Orang ramai tidak perlu mencari tempat letak kereta mahupun berhujan atau berpanas dengan perkhidmatan ini yang secara tidak langsung mengurangkan kesesakan di kaunter pejabat,” katanya lagi.

Tambah beliau, fokus jabatan itu kini juga ke arah pendigitalan bagi kesemua urusan dalam usaha menawarkan perkhidmatan di hujung jari termasuklah pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan yang boleh dibuat di rumah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan