Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SPR tidak pernah menerima aduan rasmi mengenai pengundi hantu. Foto Bernama.

Wujudnya ‘pengundi hantu’: Ini puncanya … – Takun Sunggah

ByMuqri Aziz

KUCHING, 20 Okt : Tidak wujud pengundi hantu dalam pilihan raya sebelum ini seperti yang sering dibangkitkan pihak tertentu, kata Datu Takun Sunggah.

Beliau yang juga bekas Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak berkata, berdasarkan pengalamannya, SPR juga tidak pernah menerima aduan rasmi mengenai perkara itu.

Jelas Takun, apa yang berlaku sebenarnya ialah pengundi tidak menukar alamat mereka selepas berpindah.

“Mereka berpindah ke tempat baharu dan apabila pulang mengundi di kawasan asal, mereka tidak dikenali oleh penduduk setempat.

“Oleh sebab itulah tercetusnya istilah pengundi hantu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi pandangan sebagai ahli panel dalam rancangan Malaysia Decides terbitan TVS hari ini.

Berhubung daftar pemilih yang digunakan oleh SPR pula, Takun berkata, senarai itu dikemaskini pada setiap bulan bagi mendapatkan data terkini.

“SPR hanya akan menerima kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftar sebagai pengundi semasa pilihan raya kelak,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan