Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menyelamatkan sembilan kru bot tunda itu karam itu di kedudukan lebih kurang 0.9 batu nautika barat laut Pulau Daat, awal pagi tadi. Foto APMM.

Sembilan pelaut terselamat bot karam berhampiran Pulau Daat

LABUAN, 20 Okt : Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menyelamatkan sembilan kru selepas bot tunda yang dinaiki mereka karam di kedudukan lebih kurang 0.9 batu nautika barat laut Pulau Daat, awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, kesemua mangsa yang berumur lingkungan 29 hingga 50 tahun juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mereka telah dipindahkan ke aset APMM dan dibawa ke jeti untuk tindakan selanjutnya,”katanya menerusi kenyataan media.

Nudin memberitahu, berdasarkan laporan awal, kejadian itu berpunca akibat kebocoran pada bilik jentera utama bot berkenaan.

Katanya, sejurus menerima maklumat mengenai kejadian itu, dua aset APPM iaitu sebuah kapal dan sebuah bot yang sedang melakukan rondaan Op Sejahtera dikerah ke lokasi kejadian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan