Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (tengah) menyempurnakan simbolik Majlis Malam Gala dan Anugerah Forum Perniagaan Muslim Global 2022 di Kuala Lumpur pada Rabu malam.

Sarawak tuan rumah Forum Perniagaan Muslim Global 2023

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 20 Okt : Sarawak terpilih menjadi tuan rumah Forum Perniagaan Muslim Global Edisi Kedua pada Julai 2023, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, penganjuran forum berkenaan di ibu negeri ini kelak akan mempamerkan daya tarikan yang dimiliki dalam perdagangan, perniagaan dan peluang pelaburan.

Katanya, forum perniagaan berkenaan juga bakal menonjolkan pelan pembangunan sosioekonomi bersepadu Sarawak kepada pelabur dan usahawan antarabangsa.

“Saya berharap peserta antarabangsa akan menyertai Forum Perniagaan Muslim Global 2023.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa acara ini akan menjadi program yang sangat bermakna kerana pemimpin kerajaan, komuniti perniagaan dan akademik boleh berkongsi pandangan dan pengalaman mereka daripada perspektif yang berbeza,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Gala dan Anugerah Forum Perniagaan Muslim Global 2022 di Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri.

Sementara itu, Awang Tengah berkata, forum berkenaan juga akan menyediakan sesi rangkaian dan pemadanan perniagaan.

Beliau berkata, forum berkenaan akan menandakan permulaan bagi komuniti perniagaan di Sarawak.

”Seterusnya ini akan membantu usaha meneroka dan mewujudkan kerjasama lebih lanjut mengenai potensi sektor ekonomi termasuk industri halal,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan