Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sabah akan minta penjelasan SPR berhubung lonjakan mendadak pengundi baharu di negeri ini, kata Datuk Seri Hajiji Noor. Foto Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Sabah ‘tuntut’ penjelasan SPR mengenai lonjakan mendadak pengundi

KOTA KINABALU, 20 Okt : Kerajaan Sabah ‘menuntut’ penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung lonjakan mendadak pemilih di negeri ini yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat dan taklimat daripada SPR dalam masa terdekat.

“Sesetengah pihak berasa ragu kerana peningkatan yang terlampau mendadak.

“Buat masa ini, saya tidak boleh bercakap sehingga ada penjelasan lanjut daripada SPR,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Konvokesyen Kolej Yayasan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Menerusi daftar pemilih sehingga Ogos yang dikeluarkan SPR hari ini, seramai 1,689 387 orang di Sabah layak mengundi pada PRU-15 ini.

Sehubungan itu, pelbagai pihak terutamanya parti – parti politik di Sabah menyuarakan kemusykilan berhubung perkara itu.

Pada PRU-14, jumlah pemilih berdaftar di Sabah ialah sebanyak 1,064,686 orang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan