Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melihat pameran mengenai Petros pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelima Petros di Kuching pada Rabu malam. Foto: UKAS

Petros bina empat hab gas di Miri, Bintulu, Samalaju dan Kuching

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 20 Okt: Petroleum Sarawak Berhad (Petros) mensasar untuk mewujudkan empat hab gas di Miri, Bintulu, Samalaju dan Kuching dengan unjuran pelaburan RM65 bilion termasuk industri hiliran dalam tempoh 10 tahun.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berkata demikian menambah, empat hab ini adalah berteraskan model ‘Hub & Spoke’ yang membolehkan seluruh Sarawak menikmati akses bekalan gas dan tenaga bersih mencukupi.

Empat hab yang dirangka dalam Pelan Hala Tuju Gas Sarawak itu dijangka akan merancakkan aktiviti ekonomi ke arah merealisasikan visi 2030.

“Dalam tempoh terdekat, Petros akan melaksanakan dua projek di kawasan Miri dan Samalaju yang mana ia merupakan sebahagian daripada Pelan Hala Tuju Gas Sarawak,” katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelima Petros di sini pada Rabu malam.

Hadir sama, Timbalan-timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Pengerusi Petros Tan Sri Hamid Bugo dan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Bagi hab Miri, projek pertama ialah loji janakuasa 400MW bagi memastikan keselamatan tenaga di utara Sarawak.

Untuk hab Samalaju, Petros akan memasang saluran paip gas dan bersama-sama Sarawak Energy Berhad membina loji janakuasa yang disifatkannya sebagai penting untuk melengkapkan Samalaju sebagai zon industri berat.

Petros sasar wujudkan empat hab baharu

Untuk dua projek itu, ia memerlukan pelaburan RM6 bilion.

“Saya yakin Pelan Hala Tuju Gas Sarawak akan mengubah masa depan bagi kita rakyat Sarawak yang mana ia merupakan tonggak sokongan utama dalam aspirasi kita untuk negara berpendapatan tinggi dan maju,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan