Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderamata daripada Tan Sri Hamid Bugo pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Petros di sini, pada Rabu Malam. Foto: UKAS

Penggunaan dan penyimpanan karbon di Sarawak berpotensi berada pada skala dunia

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 20 Okt: Penggunaan dan Penyimpanan Tangkapan Karbon (CCUS) di Sarawak berpotensi besar untuk dikembangkan ke skala dunia memandangkan struktur geologi di negeri ini yang sesuai untuk menyimpan karbon dioksida.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata CCUS ialah pemboleh utama untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 dan pada masa ini Sarawak sedang dalam peralihan secara beransur-ansur daripada bahan api fosil ke bahan berasaskan karbon.

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan saya baru-baru ini  telah mengemas kini Kanun Tanah Negeri dengan memasukkan undang-undang yang mengawal selia peluang perniagaan baharu.

“CCUS ini adalah sebahagian daripada tanah negeri dan oleh itu ialah adalah milik Sarawak,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelima Petros di sini pada Rabu malam.

Hadir sama, Timbalan-timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Pengerusi Petros Tan Sri Hamid Bugo dan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Justeru, Abang Johari berkata syarikat minyak dan gas milik Kerajaan Sarawak, Petroleum Sarawak Berhad (Petros) telah diberi kepercayaan untuk menguruskan sumber CCUS dengan menggunakan kepakaran dan kemahiran teknikal yang mereka miliki dan akan dibantu dengan sokongan yang bakal diberikan oleh kementerian berkaitan.

“Industri CCUS ini akan menggalakkan pembangunan rizab gas secara besar-besaran negara, yang mengandungi karbon dioksida iaitu dengan menjamin keselamatan tenaga jangka panjang untuk negara, mewujudkan lebih banyak pekerjaan domestik melalui industri hijau, dan juga menyediakan satu lagi sumber pendapatan kepada Sarawak.

“Saya gembira kerana Petronas telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Petros untuk Perjanjian Kerjasama Bersama Penggunaan & Penyimpanan Karbon (CCUS), yang merupakan langkah pertama untuk membolehkan ekonomi hijau, terima kasih Petronas, “ katanya.

Selain itu sebagai sebahagian daripada proses peralihan tenaga, Abang Johari berkata, pihaknya juga turut meletakkan Sarawak untuk menjadi hab pengeluar hidrogen di rantau ini dan ini akan melengkapkan fasa seterusnya dalam pelan ini.

Beliau menaruh harapan dengan kerjasama antara Petros dan Petronas dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di Jepun untuk menghasilkan pengeluaran hidrogen dengan kaedah yang lebih efektif.

“Tempoh hari saya ke Jepun, saya lihat terdapat proses inovatif baru oleh syarikat Sumitomo melalui proses MCH iaitu proses methylcyclohexane yang memintas tiga langkah dengan terus kepada penghasilan hidrogen, saya rasa mungkin Petros dan Petronas boleh bekerjasama dengan Sumitomo yang mana ia membantu mengurangkan pengeluaran kos hidrogen,“ katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan