Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi, mantan Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera) Jefferson Jamit Unyat bersama sebahagian penerima pampasan tanah di Kapit pada Khamis.

Pengambilan tanah tidak dapat dielak bagi projek pembinaan – Nanta

KAPIT, 20 Okt: Pengambilan tanah oleh kerajaan tidak dapat dielakkan dalam perlaksanaan projek pembangunan untuk kepentingan awam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata setiap pengambilan tanah rakyat yang terlibat dengan projek kerajaan tidak dilakukan secara percuma sebaliknya diambil berdasarkan kepada peruntukan sedia ada dalam Kanun Tanah Negeri Bab 81 dan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

“Semua tanah yang diambil balik akan dibayar pampasan berdasarkan penilaian daripada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak. Pampasan ini akan dinilai sewajarnya berdasarkan tanaman yang ada, struktur binaan jika ada dan saiz tanah yang terlibat mengikut nilai semasa,” katanya.

Berucap di Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera dan Cek Pampasan Tanah Bagi Projek Pembinaan Kolej Profesional MARA Kapit di sini hari ini, beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Kapit berkata adalah tidak tepat sekiranya ada pihak yang menuduh kerajaan bersifat zalim kepada pemilik tanah.

Seramai 18 pemilik tanah menerima cek pampasan tanah yang keseluruhan berjumlah RM 931,549.30 di majlis tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan