PUTRAJAYA, 20 Okt : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan daftar pemilih terkini untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sehingga Ogos lepas menunjukkan seramai 21 173 638 layak mengundi.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah itu melibatkan seramai 20 905 366 pengundi biasa serta 146 737 pengundi tentera dan pasangan.
“Sejumlah 118 794 pengundi pula terdiri daripada polis dan pasangan manakala seramai 2,741 pengundi luar negara,” katanya. -TVS