Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan pengguna media sosial agar menjaga kesopanan dan tatasusila serta bertolak ansur ketika memberi pandangan atau membuat sebarang ulasan berhubung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jaga tatasusila, bertolak ansur ketika beri pandangan PRU-15 – MCMC

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan pengguna media sosial agar menjaga kesopanan dan tatasusila serta bertolak ansur ketika memberi pandangan atau membuat sebarang ulasan berhubung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur 3R iaitu Raja (Royalty), Agama (Religion) dan Kaum (Race).

“Sebarang perkongsian kandungan yang bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh melaporkan insiden atau kandungan berunsur 3R di media sosial terus kepada MCMC melalui portal aduan di pautan https://aduan.skmm.gov.my/ atau melaporkan mengenai berita palsu menerusi pautan https://sebenarnya.my/salur/.

“Tindakan penguatkuasaan akan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam mengikut peruntukan undang-undang sedia ada secara telus demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat,” menurut MCMC.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 5 Nov sebagai hari penamaan calon, pengundian awal pada 15 Nov dan hari mengundi 19 Nov depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan