Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

GPS tidak ada masalah kempen PRU-15 selama dua minggu

ByFebbright James

KUCHING, 20 Okt : Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak melihat sebarang ‘masalah’ berhubung tempoh 14 hari berkempen yang ditetapkan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini kerana GPS sentiasa menghormati keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sehubungan itu katanya, GPS akan mematuhi kesemua tarikh – tarikh penting yang diumumkan oleh SPR hari ini.

“Seterusnya GPS bersedia untuk menggerakkan jentera di lapangan semasa kempen pilihan raya nanti,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran buku An Anthology of Indigenous People Issues di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum.

Douglas Uggah berkata demikian sebagai mengulas pengumuman SPR hari ini yang hari mengundi PRU-15 ditetapkan pada Sabtu 19 November depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh turut memaklumkan hari penamaan calon akan berlangsung pada 5 November manakala hari undian awal pada 15 November.

Ditanya tentang kesediaan GPS mengharungi PRU-15, Douglas Uggah yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, gabungan empat parti tempatan di bawah GPS iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), PRS, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) sentiasa bersedia.

Sementara itu, Joseph Salang turut menyambut baik  tarikh yang ditetapkan oleh SPR.

Katanya, 19 November sebagai hari mengundi juga dilihat sangat sesuai dan berharap keadaan baik semasa pilihan raya kelak.

“Kita berharap semasa berkempen nanti cuaca tidak begitu mencabar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan