Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie menyampaikan cenderamata kepada Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian pada pelancaran Hab Inovasi Teknologi Unimas di Kota Samarahan pada Selasa. Foto: TVS

Tranformasi pendidikan tinggi menuju kemajuan masa hadapan

KOTA SAMARAHAN, 19 Okt: Dasar pendidikan tinggi negara perlu ditranformasi sejajar dengan kemajuan pada masa hadapan dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk memahami penggunaan dan berinovasi dengan teknologi terkini.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata penguasaan teknologi akan membolehkan para pelajar memainkan peranan aktif yang dapat menyumbang ke arah kemakmuran ekonomi negara.

“Teknologi berubah dengan pantas dan sedang pesat sekali gus mengubah cara kita berinteraksi dan bekerja, menghubungkan komuniti dan pekerja dengan cara yang semakin canggih serta membuka peluang baharu.

“Kemajuan teknologi harus diterapkan dalam pendidikan bagi mencerminkan kepentingannya dalam semua sektor dan kerjaya,” katanya berucap merasmikan Hab Inovasi Teknologi di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini pada Selasa.

Menurut Dr Sim, penubuhan hab itu bertepatan dengan hasrat Sarawak yang mahu memastikan rakyat di negeri itu mendapat manfaat daripada dasar ekonomi digital dan Industri 4.0.

Dengan menyediakan kemahiran digital, ia akan meningkatkan tahap produktiviti merentas semua sektor ekonomi melalui penyesuaian teknologi digital, data dan inovasi.

Penubuhan hab itu adalah sejajar dengan inisiatif kerajaan Sarawak untuk memajukan keupayaan penyelidikannya dan pembangunan mampan negeri, jelasnya.

Beliau berkata, kerangka baharu Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 akan memacu Sarawak untuk menjadi antara negeri pelopor dalam kemajuan ekonomi digital menjelang 2030.

Pelan tersebut juga menjadi antara teras utama Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“PCDS dirangka sebagai antara usaha untuk mewujudkan kelompok masyarakat yang berkembang dengan dipacu oleh teknologi data, digitalisasi dan inovasi dengan mengambil kira pembangunan Infrastruktur bagi meransang ekonomi, sosial dan kemampanan persekitaran,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan