Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar. - Foto: Nasrullah.

Kemenangan calon GPS di Mas Gading penting demi kelangsungan pembangunan

ByLuqman Muhammad

BAU, 19 Okt:  Perwakilan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kawasan Bau akan lengkap jika kerusi Parlimen Mas Gading dimenangi calon GPS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah kerusi berkenaan kini disandang Dato Henry Harry Jinep di DUN Tasik Biru dan Billy Sujang di DUN Opar – kedua-duanya dari GPS.

“Pembangkang di kawasan ini tidak membawa apa-apa pembangunan. Sedangkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri di sini (Bau) telah membawa perubahan besar,” katanya pada Majlis Bersama Pemimpin di Dewan Suarah di sini, hari ini.

Pada PRU-14, kerusi Parlimen Mas Gading dimenangi Mordi Bimol mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Asfia berkata, parti pembangkang gagal membawa aspirasi rakyat di peringkat Persekutuan.

Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu, manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual akan mengumumkan tarikh-tarikh berkaitan PRU-15 pada Khamis (20 Oktober).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan