Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat ribut tropika kuat mengenai Taufan Nesat, yang kini berada kira-kira 1,353 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah. Foto: Studio_OMG/Envato

MetMalaysia terus keluarkan nasihat Taufan Nesat

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat ribut tropika kuat mengenai Taufan Nesat, yang kini berada kira-kira 1,353 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan taufan itu berada di kedudukan 140 km ke tenggara Hainan, China.

Baca artikel di sini >>>>> MetMalaysia keluarkan nasihat Taufan Nesat

Menurut jabatan itu berdasarkan pemerhatian pada 11 pagi ini, taufan itu bergerak ke barat dengan kelajuan 15 km/jam dan boleh mencapai kelajuan maksimum 102km/jam.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan