Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis meningkatkan penugasan kawalan lalu lintas di 16 lokasi di bandar raya Kuching.

Kurangkan kesesakan jalan, polis tingkat kawalan lalu lintas di Kuching

KUCHING, 19 Okt: Polis akan meningkatkan penugasan kawalan lalu lintas di 16 lokasi yang dikenal pasti bagi mengurangkan kesesakan jalan raya pada waktu kemuncak di bandar raya Kuching.

Lokasi tersebut ialah Bulatan Setia Raja, Jalan Canna, Bulatan Lingkaran Luar, Jalan Satok, Jalan Stutong, Jalan Tun Razak, Jalan Tun Salahuddin, Bulatan Upland, Lampu Isyarat Mendu, Jalan Green, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Jalan Datuk Bandar Mustafa, Jalan Batu Lintang, Jalan Laksamana Cheng Ho dan Jalan Simpang Tiga.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah menerusi kenyataan media pada Selasa berkata penugasan kawalan lalu lintas itu akan dilakukan dari jam 6:30 pagi hingga 8:30 pagi, 12 tengah hari hingga 2 petang dan 4 petang hingga 6:30 petang setiap hari.

Aliran trafik dikawal pada waktu puncak

“Namun begitu, penugasan kawalan lalu lintas bergantung juga dengan keadaan cuaca bagi mengurangkan risiko keselamatan anggota yang bertugas,” katanya.

Kawalan lalu lintas akan turut dibantu Emergency Response Team (ERT), Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan