Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majlis Perasmian Pocket Talk Usahawan 2022 sempena Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak di Kuching, hari ini.

GPS bebas pilih parti bentuk kerajaan, tetapi mungkin tidak DAP

ByAkma Salleh

KUCHING, 19 Okt: Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang berkata demikian, menambah terpulang kepada pucuk pimpinan GPS yang terdiri daripada PBB, SUPP, PRS dan PDP memilih dua parti berkenaan untuk menjalinkan kerjasama.

“Kita (GPS) rapat dengan parti lain kecuali Pakatan Harapan (PH). Kita rapat dengan BN dan PN, kita pernah bersama dalam kerajaan. Tetapi mungkin tidak dengan DAP,” katanya pada Majlis Perasmian Pocket Talk Usahawan 2022 sempena Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Beliau yakin GPS yang akan bertanding di semua 31 kerusi Parlimen di Sarawak dapat beroleh kemenangan besar seperti yang dicapai menerusi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12).

Apa yang penting sekarang ialah, saya yakin (GPS) akan menang besar untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil kerana kita memerlukan kestabilan politik,” katanya

Sementara itu, beliau menjangkakan kira-kira 12 muka baharu akan bertanding sebagai calon GPS yang terdiri daripada orang muda dan wanita.

Pada PRU-14 BN Sarawak memenang 19 daripada 31 kerusi Parlimen. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan