Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Fakta Menarik Mengenai Perlis Indera Kayangan

Perlis tidak denda pasangan bernikah di Thailand

1. Perlis merupakan Negeri terkecil di Malaysia dengan keluasan 821km persegi.

 

2. Mempunyai ladang tebu terbesar dan pembekal utama gula di Malaysia yang dikenali sebagai Ladang Tebu Felda Chuping.

3. Gua Kelam ataupun Gua Kegelapan adalah antara gua batu kapur tercantik di Malaysia yang mempunyai terowong sepanjang 370 meter.

 

4. Merupakan pengeluar mangga Harum Manis atau digelar ‘Raja Mangga’. Pengeluar terbesar terletak di Pusat Pertanian Bukit Bintang, Jalan Sungai Batu Pahat, Perlis.

 

5. Taman Ular atau ‘Snake Farm Perlis’ telah direkodkan dalam Malaysia Book of Records sebagai taman ular terbesar di Malaysia dengan lebih 150 ekor ular daripada 34 spesies.

 

6. Perlis juga dikenali sebagai “Kayang” yang diambil bersempena nama Kota Indera Kayangan.

 

7. Terdapat satu-satunya lokasi lombong bijih timah di dunia berskala besar di dalam gua yang terletak di Perkampungan  Wang Kelian

 

8. Dari Perlis, anda boleh menaiki bot ke Langkawi atau memandu ke Thailand hanya dalam 30 minit.

 

9. Tiga bangunan di Perlis iaitu Istana Arau, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri lama dan Masjid Alwi diwartakan sebagai tapak warisan oleh Jabatan Warisan Negara.

 

10. Terdapat kain Kiswah atau ‘kelambu Kaabah’ yang diberikan oleh pemerintah Arab Saudi kepada Sultan Perlis pada tahun 1995 dipamerkan di Galeri Diraja Arau.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan