KUCHING, 18 Okt: Sambutan Hari Belia Sarawak akan disambut bermula 19 sehingga 22 Oktober 2022.
Sambutan yang diadakan empat hari itu akan diadakan di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching.
Menerusi iklan dari Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak memaklumkan terdapat aktiviti-aktiviti yang menarik seperti Belia X-Tive, Belia Kitchen & Entrepreneur, pameran dan cabutan bertuah.
Baca artikel di sini >>>>> Lebih 10,000 dijangka hadir Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2022
Selain itu sambutan itu juga akan dimeriahkan dengan kehadiran artis tempatan seperti Aiman Tino, Amir Ukays, Ara Johari, Rickie Andrewson, Familyman, Nurafizah Busman, Firdaus Meterang dan Nur Hijrah dan Mal Imran.
“Terdapat juga persembahan khas teater muzikal dan Simfoni Okestra Sarawak, selain daripada Belia Got Talents (Youth Voice & Youth Dance) dan Puteri Belia dan Putera Belia, Perkhemahan Belia,” katanya dalam iklan itu.
Bagi pameran pula terdapat pelbagai agensi kerajaan yang terlibat seperti PEMADAM, AADK, Jabatan Kesihatan Sarawak, CENTEXS, UNIMAS, UITM Sarawak, Politeknik Sarawak, SEBERKAS dan pameran kerjaya.
Sementara itu, tema bagi Sambutan Hari Belia Sarawak pada tahun ini adalah #Belia Peneraju Masa Depan Sarawak. – TVS