KOTA KINABALU, 18 Okt : Kerajaan Sabah akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pihaknya memerlukan sokongan dua pertiga majoriti Dewan bagi membolehkan undang-undang ini diluluskan.
“Insya-Allah kita akan perkenalkan dan bawa ke persidangan DUN. Ini bergantung dengan pihak pembangkang sebab kita memerlukan dua pertiga majoriti untuk meluluskan RUU ini,” katanya pada Majlis Jasamu Dikenang Pesara Kerajaan Perkhidmatan Awam Negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, hari ini.
Sementara itu, Hajiji yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)Â Sabah berkata pihaknya belum menerima pemakluman rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau Wetrom Bahanda yang dilaporkan keluar Bersatu.
“Saya pun tidak tahu yang satu ini lompatkah tidak, kita belum lagi ada lagi pengumuman rasmi daripada beliau,” ujarnya. – TVS