Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fadillah Yusof
Dato Sri Fadillah Yusof.

Lebih ramai Ahli Parlimen GPS, kukuhkan suara Sarawak di Persekutuan

ByNurul Amarlina

KUCHING, 18 Okt: Jumlah Ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ramai di peringkat Persekutuan akan membawa suara lebih kuat dan teguh, kata Ketua Whip GPS Dato Sri Fadillah Yusof.

Dalam menuntut hak Sarawak, suara lebih kuat diperlukan, tegasnya sebagai membidas kenyataan tidak logik Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan yang mendakwa Kerajaan Persekutuan kuat tidak akan memberi manfaat kepada negeri ini.

“Kenyataan Voon yang memberitahu rakyat Sarawak agar tidak mengundi GPS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah berdasarkan idea putar belit, kononnya Kerajaan Persekutuan yang kuat tidak menguntungkan Sarawak, adalah mengarut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumlah Ahli Parlimen GPS bawa manfaat kepada Sarawak

Jelasnya, berdasarkan rekod prestasi sejak ia ditubuhkan pada 2018, GPS membuktikan jumlah Ahli Parlimen GPS yang ramai dalam Kerajaan Persekutuan telah membawa lebih banyak manfaat kepada Sarawak.

“GPS yang kuat bermaksud suara yang lebih kuat untuk Sarawak dalam Kerajaan Persekutuan, manakala GPS yang lemah bermaksud suara yang lebih lemah untuk Sarawak dalam Kerajaan Persekutuan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan