Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol pada program Malaysia Decides terbitan TVS bersama hos Iqbal Yusuf dan Khairunnisa Kasnoon. Foto TVS
Datuk Abdullah Saidol pada program Malaysia Decides terbitan TVS bersama hos Iqbal Yusuf dan Khairunnisa Kasnoon. Foto TVS

Hala tuju politik yang jelas kunci ketahanan parti

BySalasiah Safian

KUCHING, 18 Okt: Sesebuah parti politik yang mempunyai hala tuju sama serta jelas, cenderung untuk terus bertahan dan dipercayai rakyat, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdullah Saidol.

Menurutnya, agenda atau janji  dibawa parti harus relevan dan bersesuaian dengan kemampuan parti.

Mengambil contoh keputusan Pilihan Raya Umum ke-14, beliau yakin rakyat kini sudah membuka mata dan tahu parti politik mana yang harus dipilih. Kebajikan rakyat, strategi pemulihan ekonomi dan pengurusan bencana adalah lebih penting pada masa ini, jelasnya.

“Agenda kita sebagai sebuah wilayah Sarawak ini mungkin agak berlainan dengan perjuangan politik pembangunan yang dilakukan di peringkat di Semenanjung Malaysia.

“Kita sebagai sebuah negeri yang besar, kawasan Parlimen pun hanya 31, kalau dibanding beratus di Semenanjung Malaysia, saya rasa agenda pembangunan kita lakarkan sendiri.

“Alhamdulillah pemimpin kita pandai mencari peruntukan untuk mengukuhkan kewangan negeri,” katanya menerusi program Malaysia Decides terbitan TVS bertajuk ‘Memenuhi Aspirasi Rakyat, Apa Cabaran Calon’ di sini pada Isnin.

Abdullah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) berkata lagi, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa memberikan nasihat kepada wakil-wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) agar sentiasa bekerja tekun demi rakyat.

Selepas sesuatu pilihan raya berakhir, polemik politik harus dihentikan kerana tugas kerajaan yang telah dipilih rakyat adalah untuk membangunkan negeri.

Mengenai belia yang ingin menjadi wakil rakyat, beliau menegaskan mereka harus menjaga adab kerana masyarakat mempunyai pelbagai lapisan umur dan latar belakang.

“Warga belia harus juga memahami selera dan adab orang dewasa. Kematangan bukan sesuatu yang boleh kamu belajar di universiti.

“Kematangan akan datang dari pengalaman hidup. Kamu pergi ke rumah panjang, ada adabnya. Anda pergi ke kampung, ada adabnya. Anda tak boleh pamerkan saya ada PhD dan sebagainya. Tidak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan