Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Taktik penyelewengan diesel dua lelaki secara pembelian terkumpul di stesen-stesen minyak di sekitar Sibu berjaya dihidu pihak penguat kuasa pada malam Isnin. Foto: PPMW5 Sibu

Beli, kumpul diesel untuk dijual pada harga industri, dua lelaki diberkas

SIBU, 18 Okt: Kegiatan mengumpul dengan membeli diesel dari stesen-stesen minyak di sekitar bandar ini, kemudian dipercayai dijual pada harga industri ditumpaskan Pasukan Polis Marin Wilayah 5 di sini pada Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata sehubungan itu dua lelaki berumur 24 dan 45 tahun ditahan menerusi Op Kontraban di Jalan Tuanku Osman pada 8.45 malam.

Hasil pemeriksaan sebuah Toyota Hilux dan sebuah Sangyong Rexton diubahsuai dengan menambah tangki besi di dalamnya.

Menerusi kenyataan media hari ini, beliau berkata dua suspek membawa muatan minyak diesel kira-kira 700 liter, membabitkan jumlah rampasan bernilai RM131,505.00.

Dua suspek juga gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen atau kebenaran khas daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Zulkipli berkata, kedua-dua lelaki terbabit didapati melakukan kesalahan di bawah Akta kawalan Bekalan 1961.

Suspek dan rampasan diserahkan kepada KPDNHEP untuk tindakan selanjutnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan