Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Yang Dipertua, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto TVS.

Subsidi pulang mengundi permudahkan urusan pengundi – Abdul Karim

BySalasiah Safian

KUCHING, 17 Okt : Pengundi Sarawak di Semenanjung Malaysia tidak terikat untuk menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) sekiranya pulang mengundi menggunakan subsidi yang dirancang oleh Kerajaan Sarawak, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Naib Yang Dipertua, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, terpulang kepada mereka untuk mengundi parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

“Kita (GPS) tidak mahu melakukan kesalahan ketika berlangsungnya pilihan raya,”katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas hasrat Kerajaan Sarawak yang mahu memberikan subsidi tambang kepada rakyatnya yang berada di Semenanjung Malaysia untuk pulang mengundi pada PRU-15 ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika hadir Sarawak Agenda: Town Hall Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2022 di Kuala Lumpur pada Sabtu lepas berkata, Kerajaan Sarawak akan mempertimbangkan cadangan berkenaan.

Mengulas mengenai perkara itu, Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata, beliau percaya Abang Johari mahu melihat lebih ramai rakyat Sarawak berpeluang mengundi pada PRU-15 ini.

“Tengoklah bagaimana kalau dapat dibantu, kerana bukannya kita beri subsidi untuk mereka balik, mesti undi kita,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan