Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata. Foto TVS.

PRU-15 : Polis Sarawak tubuh unit khas ‘cantas’ fitnah dalam talian

ByNazirah Adlina

KUCHING, 17 Okt : Polis Sarawak menubuhkan unit khas menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, unit berkenaan akan memastikan tiada bahan berunsur fitnah disebarkan menerusi media sosial sepanjang PRU-15.

“Unit khas telah ditubuhkan untuk memantau namun buat masa ini, saya tidak boleh mengulas panjang,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (KJIPS) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Majlis berkenaan menyaksikan serah terima tugas membabitkan Pemangku KJIPS IPK Sarawak, Deputi Superintendan (DSP) Tansli Mering kepada Asisten Komisioner (ACP) Roselina Daud.

Turut berlangsung serah terima tugas antara Ketua Polis Daerah Simunjan, Asisten Superintendan (ASP) Honchin Ludu kepada DSP Wong Tee Kue. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan