Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin melepaskan peserta Karnival Perlumbaan Berbasikal Kuala Baram 2022 di sini semalam. Foto TVS.

Pertandingan Berbasikal Kuala Baram boleh dijadikan acara tahunan

MIRI, 17 Okt : Pertandingan berbasikal berpotensi untuk menjadi acara tahunan di bandar raya ini, kata Dato Sri Lee Kim Shin.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak berkata, pertandingan itu boleh dimasukkan dalam kalendar tahunan Majlis Bandaraya Miri (MBM) berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima pada Karnival Perlumbaan Berbasikal Kuala Baram 2022.

“Saya berharap acara ini akan dapat diteruskan.

“Sehubungan itu, saya mahu mencadangkan kepada MBM agar menyediakan lebih banyak lorong basikal di sini supaya dapat memberi peluang kepada penduduk terlibat dengan aktiviti ini,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir melepaskan peserta perlumbaan berkenaan di sini semalam.

Seramai 400 pelumba dalam dan luar negara menyertai karnival itu yang mempertandingkan lapan kategori.

Laluan perlumbaan membabitkan Jalan Lutong-Kuala Baram dengan jarak maksimum 100 kilometer (km). -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan