Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sibu merampas sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero bersama muatan diesel yang dianggarkan bernilai lebih RM31,000. Foto PPMW5 SIBU.

Lelaki bawa 500 liter diesel tanpa permit di Sibu ditahan

SIBU, 17 Okt : Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sibu merampas sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero bersama muatan diesel yang dianggarkan bernilai lebih RM31,000.

Rampasan yang dilakukan menerusi Op Kontraban pada pukul 10 pagi semalam di tepi Jalan Awang Tamli Amit di sini turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang merupakan memandu kereta itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pemeriksaan mendapati bahagian belakang kenderaan itu mempunyai sebuah tangki diubah suai yang diisi minyak diesel sebanyak 500 liter.

“Pemandu gagal mengemukakan permit daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada KPDNHEP Bahagian Sibu dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,”katanya menerusi kenyataan media hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan